Chocolate Chip Cookies

 السلام عليكم ورحمة الله

ak de nk kongsi resepi kuih rya ngan korang ni..
kalo korang rasa nak buat sempat lagi ni..
de seminggu lagi..
yang nak mencuba tu selamat mencuba ye...
ak jamin memang sedap...

Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )
  
  • 375 gm tepung gandum
  • 95 gm tepung jagung
  • 240 gm gula perang
  • 360 gm mentega / marjerin
  • 4 sb serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sb chocolate chips
  • 6 sb chocolate rice
  • 6 sb badam cincang (disangai sedikit)
  • 6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
  • 1 st esen vanila
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati. 
  3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.  
  4. Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C

eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Penyakit Tersembunyi

السلام عليكم ورحمة الله

mesti korang penah dengar penyakit RESDUNG kan...
korang tau kan pe 2 resdung..
resdung tu penyakit yang tersembunyi yang paling bahaya..
sebabnya kemungkinan korang tak akan ada telinga atau hidung...
korang ingat ak wt lawak ke??
benda ni memang terjadi lah...
memang kita tak jumpa kat malaysia..
tapi kita banyak jumpa kat negara luar...
contohnya India and Thailand..
ak malas nak cakap banyak...
korang tgk lah video ni...
geli wei...

links:
http://www.youtube.com/watch?v=dPBWwGfRnyI&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=50pBDgX3Ohg&feature=related

p/s:kalo korang tak berani jangan lah tengok tau..kalau jadi pe2..bukan salah ak =)
eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Fasa Terakhir

 السلام عليكم ورحمة الله

terlintas dalam fikiran ak mengenai sesuatu..
ak penah dengar ustaz kat surau ak bg ceramah mengenai puasa...
ceramah yang die bagi ni masa mula2 start puasa..
boleh ak katakan ceramah yang die bagi tu memang best...
die pndai menarik perhatian orang2 muda untuk mendengar ceramah die mengenai puasa...
sebab ramai yang datang ke surau adalah orang2 muda..

ceramah yang die bagi tu memang ringkas..
die kata...
puasa ni,ada tiga peringkat:-
1.peringkat rahmah @ kasih sayang
2.peringkat maghfirah @ keampunan
3.peringkat jauh dari seksaan api neraka...

untuk peringkat pertama, dikatakan rahmah Allah itu adalah kasih sayang Allah..kasih sayang yang Allah beri kepada hambanya dengan memberikan kehidupan,makanan dan kesihatan yang elok untuk menghadapi ramdhan kali ini..rahmah yang diberi sama rata kepada hamba-hambanya untuk menunjukkan bahawa Dia adalh Ar-Rahman dan Ar-Rahim..

untuk peringkat kedua, dinamakan maghfirah iaitu keampunan..fasa 20 terakhir di bulan Ramadhan yang diberikan kepada hambanya untuk meminta keampunan kepada nya. hanya di bulan ini lah dibukakan pintu syurga dan ditutup kan pintu neraka..pintu syurga yang menunggu orang2 yang berpuasa adalah pintu Ar-Rayyan..dan juga ketika fasa ini jugalah Allah mengampun segala dosa yang dilakukan oleh hambanya sama ada kecil ataupon besar.

fasa yang terakhir atau peringkat yang terakhir adalah jauh dari azab api neraka..Maha Suci Allah yang Menciptakan langit dan Bumi yang maha Pengampun yang mana Dia menjauhkan hamba-hambanya dari azab api neraka untuk meminta keampunan..fasa ini juga fasa 10 yang terakhir di Bulan Ramadhan yang terdapat di dalam nya salah satu malam yang begitu indah yakni Lailatulqadar.

oleh itu sahabat2 ak sekalian..dalam bulan Ramdhan ini, banyakkanlah amal ibadah yang sebelum ini kurang kita buat dan yang jarang kita buat.contohnya,amalan2 sunat seperti sedekah,solat malam,zikrullah,baca al-Quran dan kalau boleh khatam kan al-Quran.tingkatkan amal ibadah di bulan puasa ini dan mintalah keampunan nya di bulan Ramadhan ini..biar kita berasa sedih apabila Ramdhan ini bakal ke penghujungnya kerana kemungkinan kita tidak akn bertemunya kembali..
والله أعلم
eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Akidah Kita???

السلام عليكم ورحمة الله

ak penah join Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan masa ak tengah praktikal firm Syariah dlu...
apa yang ak nak kongsi ngan korang skang ni adalah isu yang diorang bangkitkan masa perjumpaan antara jabatan itu sendiri dan NGO yang ada kat malaysia ni..
isu yang diorang bangkitkan adalah tentang akidah umat Islam zaman skang ni terutama sekali di Malaysia..
kenapa diorang mesti bangkitkan isu ni??..
kenapa dengan akidah kita??...
kita ni kurang agama ke sampai diorang nak pertikaikan akidah kita??
kita ni tak belajar agama ke??...
bukan itu yang diorang bincangkan antara diorang..
pe yang diorang bincangkan adalah mengenai ajaran sesat yang ada kat Malaysia ni...
kita sebagai orang awam mesti tak tau yang kat negara kita terlalu banyak ajaran songsang atau sesat kan??
masa ak join diorang aritu memang ak terkejut yang kat negara Malaysia ni bermacam-macam ajaran sesat yang ada...
selama ni yang ak tau Syiah, Wahabi, Idealisme..tapi rupa-rupanya banyak lagi..

lagi-lagi skang ni..isu yang hangat diperkatan skang adalah murtad atau keluar dari Islam..
camna boleh terjadi nya benda2 cmni kalau betol akidah kita kuat..
 pe sebenar punca terjadi nya murtad ni??
 adakah berpunca dari pihak2 seperti wahabi atau syiah yang mengajak orang-orang Islam join group diorang??
skang ni faktor yang terbaru yang dipertikaikan adalah zakat..

dikatakan orang2 yang murtad yang pergi ke gereja adalah orang yang boleh terima zakat tapi diorang dibantu oleh pihak2 gereja...
camna pihak2 gereja boleh tolong diorang??
mana pergi nya pusat2 zakat yang ada kat Malaysia ni??
mana pergi nya duit kita yang bayar zakat??
ramai orang bergaduh kan pasal perkara ni...
tapi pe sebenarnya faktor sebenar??

kalo kita kaji balik,nape benda ni terjadi adalah sebab umat Islam itu sendiri..
nape ak cakap camtu??
sebab memang kenyataan macamtu..
skang ni kalau kita tengok orang islam sendiri bergaduh antara satu sama lain..
so, camna kita nak elakkan benda camni berlaku??
kita mulakan dengan solat berjemaah..
dengan cara camtu lah kita dapat bersatu padu antara umat islam itu sendiri...
والله أعلم
eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Nuzul Al-Quran

Firma Allah S.W.T yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)" (Surah al-Baqarah: 185)


السلام عليكم ورحمة الله

mesti korang da dapat agak kan apa yang ak nak tulis kali ni..
mesti lah sebab cuti peristiwa esok..cuti sempena NUZUL AL-QURAN...
mesti syok kan sebab dapat cuti esok walaupon sehari..dapat pergi shopping raya..dapat spent masa ngan family..
tapi dalam syok2 tu kan,korang ada terpikir tak sejarah dan kenapa bulan Ramadhan ni dikatakan bulan Al-Quran mengikut ayat Al-Quran yang da diturunkan kat Rasulullah tu??...
mesti korang tak tahu kan..ak pon bukan semua benda ak tau..ni pon sebab ak banyak belajar dan membaca buku..so, apa yang ak tau boleh ak kongsi ngan korang kan..dapat gak pahala..betol tak =D

al-Quran diturunkan dari Luhmafuz ke langit dunia. ini dibuktikan oleh Abdullah bin Abbas dan telah disebut oleh ulama salaf bahawa al-Quran itu diambil dari Lohmafuz dan diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia (yang paling bawah) pada malam Lailatulqadar. kemudian al-Quran turun kepada Nabi mengikut kesesuaian masa dan peristiwa, yang berlangsung selama 23 tahun sebagaimana yang telah dicatat dalam kitab Asbabul Nuzul. al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan,pada malam Lailatulqadar. mereka berbeza pendapat tentang tarikh sebenar turunnya al-quran dari Luhmafuz ke langit dunia kepada tiga pendapat iaitu pada 17, 21 dan 24 Ramadhan. permulaan turunnya al-Quran adalah pada bulan Ramadhan pada malam Jibrail datang membacakan surah al-'Alaq ayat 1-5 kepada baginda dan peristiwa ini terjadi ketika nabi mula bersendirian di Gua Hira' untuk beribadat atau "tahannuth"....

itu je lah serba sedikit yang ak boleh ceritakan kat korang pasal nuzul al-Quran ni...
kalau korang nak tau lebih mendalam lagi, korang tanya lah ustaz2 yang pakar dalam ilmu wahyu atau ustaz2 yang korang kenal..
ustaz ak cakap, ilmu agama perlu dikongsi..jadi ak da kongsi sikit ni kan..tapi kalo ada maklumat2 yang salah ak mintak maaf..ak hanya manusia yang kerdil..
والله أعلم
eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Latihan Industri Part III

السلام عليكم ورحمة الله

selepas beberapa kitorang berbincang dan kitorg sebulat suara ingin beralih arah dan berubah tempat praktikal ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur...
selepas 2 minggu kami 'didera' disitu, kami membawa hati ke sana untuk mencari pengalaman baru..
sebelum berpindah ke sana, ak da tnya beberapa orang senior yang pernah berpraktikal kat situ..
memang diorang kata tempat yang akan kami berpindah tu memang bagus untuk berpraktikal...
banyak boleh belajar kat situ..boleh jumpa artis..itu yang diorang bagitau ak lh..
niat nak praktikal kat sana bukan lah nak jumpa artis tapi nak belajat macam mana orang2 yang ada kat mahkamah ni buat kerja..orang2 yang selalu kena marah dengan orang awam..nak jugak ak tengok keadaan sebenar...

bila da sampai sana memang ak terkejut sebab bangunan die memang dhaif..memang berbeza keadaan sana ngan putrajaya..tapi apa boleh buat da memang pilihan kami..redha je lah..
kalo korang tak tau keadaan die camna..meh sini ak gambarkan..
mahkamah die tepi jalan sebelah komuter kuala lumpur..bercat putih..tiada penghawa dingin ataupon ekon..keadaan yang suram..meriah bila rmai client datang untuk bicara kes...
untuk hari pertama ak and the geng belom diberi tugasan atau jadual..so..kami amik peluang ni untuk mengambil gambar untuk membuat kenangan..masa hari pertama ni jugak lah ak berjumpa dengan artis2 yang ramai betol peminat diorang...korang nak tau spe???



so..korang tau kan sapa..agak terkejut gak masa ni..diorang datang sebab tengah shooting filem tau bukan sebab de kes =P
untuk hari pertama memang kerja kitorang amik gambar dan dengar kes..memang berbeza lah jumlah kes yang berlaku di kl ngan putrajaya..
jumlah kes yang berlaku kat putrajaya lebih sikit dari kuala lumpur...
masuk hari kedua je kitorang da diberi tugas yang memang mencabar..setiap dari kitorang diberi tugasan yang berbeza..sebab diorang nak kitorang rasa camna kerja kat mahkamah...lagipon kalau kt court k.l tu memang berlambak kerja..tak cukup tangan...
macam2 kerja yang kitorang da buat and rasa yang sepatutnya kitorang rasa masa buat praktikal kat putrajaya...
memang rasa rugi kitorang pilih putrajaya masa awal2 dlu..tapi nak buat camna kan...
kalau nak membebel pasal kerja yang de kat court k.l ni memang xcukup 1 page..kalo korang nak tau pe lagi yang ak rasa and nak tau pengalaman ak kat sana, juz bagitau jelah ye =)
ak pon tak nak membebel panjang2 ni..ak akn selit kan gambar untuk hari pertama ak datang sana..
selamat menjamu mata =D




eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Latihan Industri Part II

kali ni bahagian kedua ak ceritakan pasal latihan industri ak...
kali ni ak praktikal kat mahkamah syariah pulak..
pilihan ak untuk kali ini ak buat kat mahkamah syariah putrajaya..
mesti korang tak tau kan yang putrajaya ada mahkamah syariah...
ak pon baru tau sebenarnya..
walaupon kecik tapi bangunan die memang cantik...
bese lah da nama pon putrajaya kan...bangunan mesti lah kena gah..

untuk praktikal kt mahkamah ni sama jugak sebulan tapi kali ni ak wat 2 minggu kat putrajaya and 2 minggu kat mahkamah lain lak...
korang nak tau kat ne ak praktikal lagi 2 minggu tu akan disambung pada Latihan Industri Part III...
skang ni biar ak ceritakan keadaan dan situasi ak berpraktikal kat mahkamah putrajaya..

memang betol lah apa yang orang kata..putrajaya ni memang gah dengan bangunan yang cantik..
tempat yang ak praktikal ni memang cantik sebab die belakang bangunan Istana kehakiman ataupon Palace of Justice...
bila ak and member ak yang lain seramai 5 orang buat praktikal sampai kat situ,masing-masing semua nya teruja dengan bangunan yang memang cantik tu..
keadaan tempat yang selesa, canggih, sistematik...memang orang akan kate macam hotel 5 stars lah..
tapi sebenar nya indah khabar dari rupa..
apa yang kita jangkakan semuanya cantik, bukan lah sama semuanya..
memang tak dapat dinafikan bangunan yang gah serba indah dan cantik serta canggih tu, 'dibelakang' nye terdapat orang-orang yang begitu sombong dan berlagak..
bukan ak ni kurang ajar tapi kalau memang keadaan yang ak hadapi adalah benda yang sama selama 2 minggu disitu mana boleh disimpan lagi...
pepatah melayu ada kata "kalau ada silap dan salah jangan simpan didalam hati"..tapi kalau da memang tak tahan kita nak wt cmna lagi ek??....

mesti korang tertanya-tanya apa lah yang membuat kan ak geram sangat sampai tersimpan dalam hati =P
al-kisahnya terjadi apabila ak and the geng =) datang untuk pertama kalinya nak buat praktikal kat situ...
da tentu lah nama nya pelajar..bukan semua benda kitorang tau..
apa ntah lagi kat tempat yang canggih dan bersistematik macam tu...
memang kitorang serahkan segalanya pada supervisor kitorang kat situ iaitu penolong pendaftar kat mahkamah tu...
tapi bila kitorang sampai je kat situ, semua orang buat bodoh je..berlagak bagus..kalau nak bandingkan kitorang dengan diorang,kitorang lagi tinggi dari segi akademik walaupon kitorang belom grade lagi..tapi memandangkan kitorang ni terlalu respect diorang sebagai senior..kitorang terima seadanya =(
dah lah kerja untuk kitorg selama 2 minggu pon tak ada...
kono nya dengan alasan, diorang akan buat jadual untuk ktorang dalam masa beberapa hari..nanti kitorang akan dapat untuk buat kerja bahagian kitorang...
tapi sebenarnya hampeh (bak kata orang negeri sembilan) =(

mesti korang tertanya-tanya kerja apa yang kitorang buat kat situ sebagai student praktikal yang mengambil jurusan undang-undang kan...
so, you all guess what??...
kerja kitorang sebenarnya kat situ datang tiap-tiap hari datang ambil gambar je..
ye lah..tempat da cantik kan..npe nak lepaskan peluang pulak kan...
selain daripada ambik gambar pe lagi ek yang kitorang buat??...
 kitorang pergi interview pesalah yang ada dalam jail tu..kitorang berborak dengan pakcik-pakcik polis yang jaga jail kat situ..dengar kes kat situ tapi bukan kes syariah lah..kitorang banyak dengar kes criminal kat situ..sebab kat situ kes syariah die memang tak banyak...
haaa....de lagi satu aktiviti yang selalu kitorang buat bila kitorang da tak ada kerja langsung nak buat..korang tau pe??..
TIDOOOOOO...=)
aktiviti yang semua orang suka bila kena bangun pagi2 untuk pergi kerja dengan semangatnya tapi bila sampai tempat kerja sebenarnya tak ada kerja langsung....
so..bila da 2 minggu buat benda yang sama je..ak and the geng da buat decision yang memang patut kitorang buat sebelum kitorang pilih untuk praktikal kat situ..
korang nak tau pe yang kitorang cadangkan...akan bersambung part III lak huhuhuu...

erm...pasal gambo korang jgn riso..tetap de..
nak tau apa aktiviti ktorang kat situ..jom tengok gambar-gambar ni..










eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)