Fasa Terakhir

 السلام عليكم ورحمة الله

terlintas dalam fikiran ak mengenai sesuatu..
ak penah dengar ustaz kat surau ak bg ceramah mengenai puasa...
ceramah yang die bagi ni masa mula2 start puasa..
boleh ak katakan ceramah yang die bagi tu memang best...
die pndai menarik perhatian orang2 muda untuk mendengar ceramah die mengenai puasa...
sebab ramai yang datang ke surau adalah orang2 muda..

ceramah yang die bagi tu memang ringkas..
die kata...
puasa ni,ada tiga peringkat:-
1.peringkat rahmah @ kasih sayang
2.peringkat maghfirah @ keampunan
3.peringkat jauh dari seksaan api neraka...

untuk peringkat pertama, dikatakan rahmah Allah itu adalah kasih sayang Allah..kasih sayang yang Allah beri kepada hambanya dengan memberikan kehidupan,makanan dan kesihatan yang elok untuk menghadapi ramdhan kali ini..rahmah yang diberi sama rata kepada hamba-hambanya untuk menunjukkan bahawa Dia adalh Ar-Rahman dan Ar-Rahim..

untuk peringkat kedua, dinamakan maghfirah iaitu keampunan..fasa 20 terakhir di bulan Ramadhan yang diberikan kepada hambanya untuk meminta keampunan kepada nya. hanya di bulan ini lah dibukakan pintu syurga dan ditutup kan pintu neraka..pintu syurga yang menunggu orang2 yang berpuasa adalah pintu Ar-Rayyan..dan juga ketika fasa ini jugalah Allah mengampun segala dosa yang dilakukan oleh hambanya sama ada kecil ataupon besar.

fasa yang terakhir atau peringkat yang terakhir adalah jauh dari azab api neraka..Maha Suci Allah yang Menciptakan langit dan Bumi yang maha Pengampun yang mana Dia menjauhkan hamba-hambanya dari azab api neraka untuk meminta keampunan..fasa ini juga fasa 10 yang terakhir di Bulan Ramadhan yang terdapat di dalam nya salah satu malam yang begitu indah yakni Lailatulqadar.

oleh itu sahabat2 ak sekalian..dalam bulan Ramdhan ini, banyakkanlah amal ibadah yang sebelum ini kurang kita buat dan yang jarang kita buat.contohnya,amalan2 sunat seperti sedekah,solat malam,zikrullah,baca al-Quran dan kalau boleh khatam kan al-Quran.tingkatkan amal ibadah di bulan puasa ini dan mintalah keampunan nya di bulan Ramadhan ini..biar kita berasa sedih apabila Ramdhan ini bakal ke penghujungnya kerana kemungkinan kita tidak akn bertemunya kembali..
والله أعلم
eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

0 aPa kAte suRvEy:

Post a Comment