Nuzul Al-Quran

Firma Allah S.W.T yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)" (Surah al-Baqarah: 185)


السلام عليكم ورحمة الله

mesti korang da dapat agak kan apa yang ak nak tulis kali ni..
mesti lah sebab cuti peristiwa esok..cuti sempena NUZUL AL-QURAN...
mesti syok kan sebab dapat cuti esok walaupon sehari..dapat pergi shopping raya..dapat spent masa ngan family..
tapi dalam syok2 tu kan,korang ada terpikir tak sejarah dan kenapa bulan Ramadhan ni dikatakan bulan Al-Quran mengikut ayat Al-Quran yang da diturunkan kat Rasulullah tu??...
mesti korang tak tahu kan..ak pon bukan semua benda ak tau..ni pon sebab ak banyak belajar dan membaca buku..so, apa yang ak tau boleh ak kongsi ngan korang kan..dapat gak pahala..betol tak =D

al-Quran diturunkan dari Luhmafuz ke langit dunia. ini dibuktikan oleh Abdullah bin Abbas dan telah disebut oleh ulama salaf bahawa al-Quran itu diambil dari Lohmafuz dan diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia (yang paling bawah) pada malam Lailatulqadar. kemudian al-Quran turun kepada Nabi mengikut kesesuaian masa dan peristiwa, yang berlangsung selama 23 tahun sebagaimana yang telah dicatat dalam kitab Asbabul Nuzul. al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan,pada malam Lailatulqadar. mereka berbeza pendapat tentang tarikh sebenar turunnya al-quran dari Luhmafuz ke langit dunia kepada tiga pendapat iaitu pada 17, 21 dan 24 Ramadhan. permulaan turunnya al-Quran adalah pada bulan Ramadhan pada malam Jibrail datang membacakan surah al-'Alaq ayat 1-5 kepada baginda dan peristiwa ini terjadi ketika nabi mula bersendirian di Gua Hira' untuk beribadat atau "tahannuth"....

itu je lah serba sedikit yang ak boleh ceritakan kat korang pasal nuzul al-Quran ni...
kalau korang nak tau lebih mendalam lagi, korang tanya lah ustaz2 yang pakar dalam ilmu wahyu atau ustaz2 yang korang kenal..
ustaz ak cakap, ilmu agama perlu dikongsi..jadi ak da kongsi sikit ni kan..tapi kalo ada maklumat2 yang salah ak mintak maaf..ak hanya manusia yang kerdil..
والله أعلم
eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

0 aPa kAte suRvEy:

Post a Comment