Selamat Hari Raya

 السلام عليكم ورحمة الله

aish..cepat betol masa berlalu kan...
pejam celik..pejam celik..da nak masuk Syawal..
rasa tak puas je nak sambut puasa kali ni..
rasa cam kurang je amalan2 sunat untuk menampung dosa2 yang pernah ak wt sebelum2 ni...
tapi nak buat camna..
walaupon sedih tapi ak tetap happy nak sambut raya dengan family ak..
walaupon raya kali ni ak tak beraya di kampung..
pe2 pon ak ucapkan.. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..AK SUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP,TERSALAH BICARA..MOHON AMPUN DAN MAAF..
ak de sediakn pantun untuk korang..
 
Pulau Pinang 
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pasemboq
Lepas raya toksah teriak
Ceti cari lari ke dapoq

Perlis
Padang besaq ciput aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita belanja
Jangan sampai tambah Utang

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar?
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu 
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicoh cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur 
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak 
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
 
p/s: kire ak wish hari raya kat korang ni ikut loghat negeri masing2 la ye =)


eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Apam Gula Hangus

 السلام عليكم ورحمة الله

mesti korang ngah fikirkan desert untuk berbuka =)
ak de sedia kan resepi ni..
desert ni bole digunakan untuk hari raya jugak..
maybe masa korang buat open house ke kn..
so..selamat berjaya!!!

Bahan-bahan (untuk sekeluarga)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda berkarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Kemudian sejukkan.
  2. Di dalam blander masukkan telur, susu, minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbinat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisarkan lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)

Kuih Sarang Semut

السلام عليكم ورحمة الله

ak tak tau lah kalau korg penah rasa ke tak kuih ni..
tapi masa zaman ak kecik2 dulu memang ak suke makan kuih ni..
sedap dan manis..
so..skang ni ak nak kongsi resepi buat kuih yang ak suke ni..
selamat mencuba!!!...





Bahan-bahan ( 100 biji @ lebih )

  • 1 buku butter 
  • 1 cawan gula caster  
  • 2 cawan tepung gandum  
  • 2 cawan tepung kastard    
  • Coklat rice  
  • Ceri merah @ hijau  
  • Cup kertas

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sehingga putih @ kembang. 
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastard.  
  3. Gaul sehingga menjadi doh lembut.  
  4. Ambil sedikit doh dan parut. Parut 1 arah sahaja.Jangan bertukar arah,nanti x berapa lawa panjang adunan tu.  
  5. Masukkan ke dalam cup. Jangan terlalu penuh. Kemudian taburkan coklat rice.  
  6. Hiaskan dengan ceri.  
  7. Bakar selama lebih kurang 15 minit @ sehingga adunan bertukar kekuningan.

eh! dah habis ke? bace yang lain pulak :)